Friday, December 2, 2011

Imbas Lagi

HEART


Hari... mendung lagi..
Hanya rintihan hujan yang menemani di kala sunyi ini...
Burung-burung turut berlagu sepi...
Kilat dan guruh bersuara menyapa setiap insan yang bermimpi...

"Ahhhh...sudahlah! Tak perlu berpuitis sangat!"

Saju tak mahu lagi terlena dimanipulasi mimpi waktu petang begini... Saju termenung, matanya layu...otaknya ligat menghologramkan sesuatu...Kepalanya mula panas secara Exothermic. Mungkin terlalu banyak tekanan yang sukar dilepaskan. Sekejap!
Kata bapa saudara sebelah ibu sahabatnya, 40 hari berturut-turut tidur pada waktu petang, boleh jadi gila!
Mata Saju kembali segar. Semestinya sudah serik walaupun sekali...

Otak Saju meneruskan lagi proses menghologramkan bayangan di depan matanya.
Proses berjaya ditakrifkan. Bayangan yang mengganggu fikirannya mula terpancar.

"Hmmmp..susahnya nak jaga hati manusia bernama sahabat.." keluh Saju.

Segala perkara yang berlaku di sepanjang minggu itu diimbas kembali...
Perubahan enthalpy yang dialami Saju sepanjang minggu itu menyukarkannya.

"hmmmmp....apa aku nak buat??!."

to ALL MY FRIEND =)


Nota tokok-tambah:
- "Caci maki saja diriku bila itu Bisa membuatmu Kembali bersinar dan berpijar Seperti dulu kala..hooo o.."

Wednesday, September 14, 2011

Cuaca dan Hati...Kedua-duanya secara drastik!

Di suatu petang yang penuh dengan kesibukan. Pulang ke kediaman,Saju menghempas beg. Dengan reaksi penuh bosan, dia memandang ketingkap biliknya..
"Perghhh!~.....hujan yang sungguh extreme!"


Tiba-tiba, burung layang-layang di luar tingkap pun bernada cemas. Seperti ada sesuatu yang ingin diberitakan. Saju mengendahkannya. Burung layang-layang memang sering berfrequency tinggi. Mungkin wavelength bunyinya terlalu panjang. Heh! Mengarut!

Hujan semakin lebat, guruh semakin mengganas, kilat pula join sekaki. Bumi Matrak menjadi cerah berulang-ulang kali.
Petang yang sungguh unik!.


Saju mengerut dahi. Aneh...cuaca yang terang, cerah dan penuh keceriaan berganda berubah secara drastik menjadi hujan yang sungguh hebat dan rock!


Saju menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Unik...unik...."

THIS IS rare....!

Malam semakin gelap...
TIBA-TIBA!....aku mula mengantuk...tangan semakin perlahan menaip...so, aku blah dulu...




Nota tokok tambah:
- stress+frust yang keterlaluan  ditambah dgn tekanan fizikal dan mental keadaan sekeliling menghasilkan sesuatu yg amat merapu tp benar!
- Matrik + Tangkak = Matrak



hati drastik dari akuzstatik ......

Tuesday, May 3, 2011

PILIHAN!


gambar hiasan tentang risiko pendedahan radiasi



JADI...Matrik atau Form 6?? UPU belum keluar...kalau dapat??
Matrik atau Form 6 atau UPU???

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian..
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian....

BUNTU MEMBUAT PILIHAN

dia bijak bangang dan dia bukan seorang yang buntu, cuma terlalu banyak kutu.
mungkin?


Nota tokok tambah:

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI



Monday, April 18, 2011

Rahsia Bola Hitam Putih

Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu
selepas
Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan
tak
Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun
cuma
tinggal bersama pengasuh je.
Lepas Tadika, sementara member2 lain
dah ada basikal, dia masih berjalan
kaki.
Pengasuhnya mengadu kepada
bapanya. “Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia
Tak ada basikal…apa tuan
tak segan?”
Lantas…… si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal
yang macam mana
dan si
anak cuma bagitau,
“Tak payah susah2 la
papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..”
Hek eleh takkan
macamtu kot? Bingung si bapa. “Kenapa bola itam dan putih?”
“Tak
perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan
itu
je.”
Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima
je. maka
dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu,
yang
paling
canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.
Masa
berlaluâ⒬¦
kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda.
Sekian lama
si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya
membelikan kasut
roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya
disimpan di dlm
stor..
Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi
kepada si bapa.
Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. “anakku, kamu
tak nak dibelikan
kasut roda
macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat
Papa?. No problem setakat beli
kasut roda je…”.
Si anak
menjawab,”Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya
dah
rosak..
Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut
roda.
Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan
papa?”
Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya
kasut
roda, ditambah bola hitam dan
bola putih.
Selang beberapa
tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang.
Sekarang kawan2nya
main permainan lain- main roller blade. musim
rollerblade melanda
kwasan tempat tinggal nya.
Trend baru….
Sementara tu, budak lelaki
tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas
bapanya
pulang dari luar
negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda,
si
bapa jadi malu
sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat
banyak,
keluar
negeri lagi tu……Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.
Keesokkan
harinya, dalam bilik
anaknya sudah ada sepasang roller blade
baru bersama secebis nota: “Biar
kamu tak
malu”.
Pada malamnya,
terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota
tersebut berbunyi:
“Papa, Kenapa tak belikan
bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan
nya.”
“Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu.
Apalah
istimewanya
bola itam dan bola putih!!?
Keesokkan hari dan
seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota
sebegitu…hingga
dia
tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola
putih
untuk
kesekian kalinya.
Benar, setelah mendapat bola hitam & bola
putih tu, si anak tidak lagi
mendesak bapanya.. Secebis nota juga
ditinggalkan di ruang kerja si bapa..
“trima kasih byk2 papa kerana belikan
saya bola hitam dan bola putih”
Masa berlalu….
Ketika di Sek
Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik
dengan bas,
member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah.
Suatu hari,
ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh
membernya dengan
motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi
sangat
malu.
Anaknya bukan 4, bukan 3,…2 pun tidak.
Itulah satu-satunya anaknya.
Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan
anaknya! Maka
ditawarkan
Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak
tawaran
ayahnya dengan alasan motor kurang
praktis, lagipun si anak cuma
inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si
bapa
tidak dapat menerima
penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh
berbincang.
Akhirnya
tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah
pula dgn
bola hitam dan
bola putih semestinya!! .
Tetapi si bapa masih kesal…
Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan
anak lelakinya bola hitam &
bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya
begitu memerlukan sebiji bola
hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula
tak pernah bagitahu kenapa
dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam &
bola putih..
Sehingga
tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti.
Kerana
gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak
dihadiahkan oleh
si bapa sebuah kereta
Ferrari keluaran terbaru.
Akan tetapi, sehingga
beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor
je.
Sehingga
aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik
motoooooor
jeeeee.
Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak
belikan
bola hitam bola putih. Tak
faham perasaan anak
sendiri!
Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn
bapanya. So,
selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk
bertanya
kpd si bapa, kenapa pak cik
tak belikan bola hitam bola
putih?
Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2
tu..huh..sampai
awek anak aku pun
tanya..bila si bapa menanyakan si awek
semula kenapa soalan tu yang di
tanya?. Si
awek pun bagitau, anak
lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh
Ferrarinya selagi tidak diberi
bola hitam & bola putih!!
Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya
sudah begitu banyak bola hitam &
bola putih.
Nak buat apa lagii…,
fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di
hadapan awek
anakmya itu,
maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.
Suatu
hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbu kit
bukau
menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah,
anak muda kan , ketika tenang memandu
si anak dicium aweknya dan dia jadi
gelabah
dan terus accident!!! Mereka
segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga
dimaklum
oleh pihak polis
tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana
mereka tidak memakai
seatbelt, si
awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak
tenat.
Si bapa tiba di Hospital..”macammana doktor, anak
saya?”
Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :”Maaf Encik, kami
telah
berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya… sebaiknya
Encik
manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik..”
Perlahan si
bapa masuk, mendekati anaknya.
“Papa, maafkan saya..tidak berhati hati
semasa memandu..” si anak juga
menangis
kerana aweknya tak dapat
diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan
dia…akrablah dua
manusia itu
beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat
pertemuan
terakhir antara dia dan anak lelakinya…
Dia teringat kembali persoalan yang
selama ini sering bermain di benaknya
dan keinginannya untuk mengetahui
tentang “mengapa anaknya selama ini
selalu minta bola hitam bola
putih”
“Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk…
sehingga kamu
sering
kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan
untuk menjadi ayah yang
baik.”
Anaknya menjawab dalam keadaan
lemah,”tak mengapa papa, saya faham.. Cuma
saya kecewa disebabkan papa
ada
kemewahan, papa belikan saya macam2…. saya cuma minta bola hitam
dan
bola putih je kan ?”
Si bapa rasa timing jawapan untuk
persoalannya sudah tepat.., “KENAPA KAMU
SELALU MINTA BOLA HITAM &
BOLA
PUTIH ANAKKU… ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU
BERERTI
BUATMU?”
(anda semua pun ingin tahu kan
…?)
Si anak menjawab dengan nada terputus putus
kerana sudah tidak dapat
bertahan dan
masanya sudah hampir
tiba….
“sebabnya ….saya.. saya…
saya….”
*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan
nafasnya hilang. Si anak
sudah meninggal sebelum
sempat memberitau bapanya
tentang bola hitam & bola putih.
Tengok, si bapa yang selalu hidup
bersama anaknya pun tak tau…apalagi aku
yang cuma bercerita, lagi la tak
tau ape ape. MACAMMANA NI? Kecewa jugak
nih.
Isk!Isk! Isk!…….. ..Rasa
nak tumbuk je perut orang yang mula-mula
forward kat aku

Sunday, April 17, 2011

...

Assalamualaikum...

Selama berkecimpung di alam manusia, banyak perkara yang perlu dikerah oleh otak aku.

Persahabatan sememangnya indah 'seindah suria pagi yang terang di ufuk timur'. Sukar diungkapkan dengan perkataan tapi senang diungkapkan dengan hati.

Adat bersahabat, kadang-kadang tenangnya senyaman mengunyah peppermint, kadang-kadang terlalu sakit seolah-olah terkena duri tenggiling di tangan lalu luka tersebut disapu dengan perahan limau kasturi. SAKIT SANGAT!

Disakiti dan menyakiti dalam persahabatan itu sememangnya lumrah bersahabat. Kadang-kadang yang menyakitkan itulah yang terbaik untuk kita. Dan semestinya sahabat yang dikasihi boleh menjadi duri dalam daging berbanding sahabat yang tidak dikasihi. Well, bersahabat berpada-pada...bercinta jangan over'dose' and buta!

Nota tokok tambah:
-Argghh..kenapa ??


Saturday, March 12, 2011

Berita Takziah..

Secara purata dan kronologinya....ramai betul manusia yang menyebarkan berita (trmasuk aku yg tanpa pngalaman jd pgawai meteorologi)  tentang Tsunami sejak dari semalam. Berita-berita yang hinggap di telinga dan bertenggek di mata ini sudah boleh buat novel secara perkiraan ketebalan muka suratnya. Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin ("sangat!"), aku mengucapkan takziah kepada insan-insan yang berada di Jepun walau entry ni tak akan masuk berita TV3 ataupun news kat Google mahupun Yahoo.
(gambar tetap menyemak)

Namun begitu, hidup mesti di teruskan atau 'life must goes on'.
Tamat tentang Tsunami.

Hmmp..
Pening di otakku masih belum hilang. Agak-agaknya...mungkin sebab mengadap screen secara overdose. Mungkin juga disebabkan oleh sistem saraf yang kurang memberangsangkan atau boleh juga dipanggil dengan nama STRESS. Ahh, peduli!. Pejalananku untuk 'menuju puncak' masih jauh walau bukan ke Akademi Fantasia. Natijahku juga 'dekat di hati' ini walau tidak di TV9. Apapun....Gambatte!!

GAMBBATTE!


Nota tokok tambah:
-sebar berita takpe, jangan sebar fitnah.


Thursday, February 17, 2011

sEtory : Hikayat 3 Pendekar Geniusi Giler Terlampau

Alkisah...tiga pendekar muda yang gagah terlebih berani, kuat dalam berlawan sesama sendiri, genius tahap Student UTR yang terkenal di serata dunia ini....
  Dua daripada mereka berasal daripada Kampung Padang Jarak dan seorang lagi dari Kampung Padang Tekukur yang terletak di timur tengah Kampung Padang Jarak tadi. Kedua-dua kampung ini terletak di negeri Padang Bola,iaitu di negara Padang Negara.

  Para perwira ini telah dipilih berdasarkan genetic masing-masing dalam kelayakan menyelesaikan tugasan yang memerlukan mereka merantau lebih dari sepuluh tempat yang berbeza dalam menguji ketangkasan, mencabar keberanian dan memerah fikiran mereka untuk bergerak seiring dengan harapan negara dalam menghabiskan dan mereleasekan Notific yang harus diselesaikan oleh mereka.

Owh, lupa untuk hamba menyampaikan ini.....
Mereka adalah Pendekar Ma'as, Pendekar Um'ur, dan Pendekar Fa'da
  Tiga pendekar ini, dengan satu suara memikul tanggungjawab yang over load ini bersama. Bersatu dalam setiap misi yang dipertanggungjawabkan, mereka memulakan misi pertama bertemu dengan President Bruno M untuk misi sulit negara yang dirahsiakan umum.(nama pun rahsia, mesti la tak boleh state...)

  Misi seterusnya berjalan dengan lancar walaupun mereka dihalang oleh tiga puak Kanibal iaitu puak Penenggal, puak Pos!man atau lebih dikenali sebagai puak Ngadil dan puak Manusiyas. Ketiga-tiga puak ini akhirnya berjaya dihapuskan seratus-peratus semasa berada dalam misi terakhir mereka, iaitu menanda banyak Notific beracun yang dinamakan 'Three(P)Like'.

Namun, malang tidak berbau...
  Pendekar Ma'as meninggalkan negara kerana penyakit pening yang dialami, disusuli dengan Pendekar Um'ur yang mengalami sawan TAUTAH!. Mereka dipercayai dijangkiti virus dari puak Manusiyas dan puak Penenggal. Tetapi, Pendekar Fa'da hanya menghadapi Terkesima dan tidak dijangkiti mana-mana penyakit kerana keturunan moyang ibunya berketurunan puak Ngadil yang mempunyai Antibody yang kuat.

-THE END-
khas ntuk: DRAMA SI NGUK, SI NGEK,SI NGOK

Gambar Sekadar menyemak..

Nota tokok tambah:
terimalah...cerpen fiksyen bongok ini
Jumaat(Friday),18 Februari 2o11
11:36 aM

Install Cinta kasih (Copy/Paste)


Costumer Service (CS) : Ya, ada yang boleh saya bantu?
Pelanggan (P) : Baik,setelah pertimbangkan, saya ingin menginstall  cinta kasih. Bolehkah anda memandu saya menyelesaikan prosesnya?
CS : Ya, saya dapat membantu anda. Anda bersedia melakukannya?
P : Baik, saya kurang mengerti tentang teknik-tekniknya, tetapi saya bersedia untuk menginstall nya sekarang. Apa yang harus saya lakukan dahulu?
CS : Langkah pertama adalah membuka HATI anda. Tahukah anda di mana HATI anda?
P : Ya, tapi ada banyak program yang sedang aktif. Apakah saya tetap boleh menginstallnya sementara program-program tersebut aktif?
CS :  Program apa saja yang sedang aktif?
P : Sebentar, saya lihat dulu, Program yang sedang aktif adalah SAKITHATI.EXE, TAKYAKIN.EXE, DENDAM.EXE dan BENCI.COM.
CS : Tidak apa-apa. CINTA-KASIH akan menghapuskan SAKITHATI.EXE dari sistem operasi anda. Program tersebut akan tetap ada dalam memori anda, tetapi tidak lama kerana akan tertimpa program lain. CINTA-KASIH akan menimpa TAKYAKIN.EXE dengan modul yang disebut PERCAYADIRI.EXE. Tetapi anda harus mematikan BENCI.COM dan DEMDAM.EXE. Program tersebut akan menyebabkan CINTA-KASIH tidak terinstall secara sempurna. Dapatkah anda mematikannya?
P : Saya tidak tahu mematikannya. Dapatkah anda membantu saya?
CS : Dengan senang hati. Gunakan Start Menu dan aktifkan MEMAAFKAN.EXE. Aktifkan program ini sesering mungkin sampai BENCI.COM dan DEMDAM.EXE terhapus.
P : Okey,sudah. CINTA-KASIH mulai diinstall secara automatik. Apakah ini wajar?
CS : Ya, anda akan menerima isyarat bahawa CINTA-KASIH akan terus diinstall  kembali dalam HATI anda. Apakah anda melihat isyarat tersebut?
P : Ya. Apakah sudah selesai diinstall?
CS : Ya, tapi ingat bahawa anda hanya menpunyai program dasar saja. Anda perlu mulai menghubungkan HATI yang lain agar untuk mengupgradenya.
P : Oops. Saya mendapat isyarat error . Apa yang harus saya lakukan?
CS : Apa Isyaratnya?
P : 'ERROR 412 - PROGRAM NOT RUN ON INTERNAL COMPONENT' - apa ertinya?
CS : Jangan khuatir. Itu masalah biasa. Ertinya, program CINTA-KASIH diset untuk aktif di HATI eksternal tetapi belum dapat aktif dalam HATI internal anda. Ini adalah salah satu kerumitan pemograman, tetapi dalam istilah non-teknik ini bererti anda harus men-'CINTA-KASIH'-i mesin anda sendiri sebelum men-'CINTA-KASIH'-i orang lain.
P : Lalu, apa yang harus saya lakukan?
CS : Dapatkah anda klik pulldown direktori yang disebut 'PASRAH'?
P : Ya, sudah.
CS : Bagus. Pilih fail-fail berikut dan salin ke direktori 'MYHEART' MEMAAFKAN-DIRI-SENDIRI.DOC, dan MENYEDARI-KEKURANGAN.TXT. Sistem ini akan menimpa fail-fail konflik  dan mula memperbaiki program-program yang salah. Anda juga perlu mengosongkan Recycle Bin untuk memastikan program-program yang salah tidak muncul kembali.
P : Sudah. Hei! HATI saya terisi fai-fail baru. SENYUM.MPG aktif di monitor saya dan menandakan bahawa DAMAI.EXE dan KEPUASAN.COM disalin ke HATI. Apakah ini wajar?
CS : Kadang-kadang. Orang lain mungkin perlu waktu untuk mendownloadnya. Jadi CINTA-KASIH telah terinstall dan aktif. Anda harus mampu menanganinya dari sini. Ada satu lagi hal yang penting.
P : Apa?
CS : CINTA-KASIH adalah freeware. Pastikan untuk memberikannya kepada orang lain yang anda temui. Mereka akan share kepada orang lain dan seterusnya sehingga anda akan menerimanya kembali. =)



Sweet kan??


Nota tokok tambah:
-To all my lovely friends =) Gudluck ek for ur result!
-Pastikan lu org install  Antivirus  juga dalam HATI tu..gune Kaspersky ,Avast,McAfee or  Newton Antivirus pun okay..
-Quote kot:
Tak harus kita bersedih
bila ada sesuatu yang kita ingini tidak tergapai.
Tak harus menyesal
ketika impian kita ternyata bukan milik kita.
Tak harus kecewa
saat ada sesuatu hilang dari kita.
Tak harus luka bila harapan tak terwujud.
Tapi...memang kita sedih kalau result SPM hanco! 


Rabu(Wednesday),16 Februari 2o11
9:50 aM

'Mesirians Murabak' Juga Nak Merabak Murtabak Mubarak

Assalamualaikum


Sekarang,betul-betul kecoh rusuhan kat Mesir..sampai terbunuh pun ada tuhh..masyaAllah...power-power..ish,but tabik spring kat rakyat Mesir,berani bersuara..Mesirians..go!go!go

Tengah syok blog-walking,aku pun 'berjalan' la kat satu blog kepunyaan pelajar yang juga belajar kat Mesir yang aku follow. Haha,aku suka betul cerita beliau. Ceritanya tentang sebuah negara yang digelar Murabak yang diperintah oleh Husni Murtabak. 
Nak jadi story punya pasal,tiap-tiap hari rakyat-rakyat negara tersebut diberi makan Murtabak.Mula-mula mereka sukakannya,tapi lama-lama mereka mula bosan dan tidak sukakannya lagi!. So,nak protes punya pasal,mereka pun merusuh. Jadi,sama-samalah kita doakan semoga rakyat negara Murabak terbela nasib mereka dan akan diperintah oleh Roti Canai.-TAMAT-


Macam itulah cerita beliau. Kreatif betul.

Daa~


Nota tokok tambah:
bosan


Ahad (Sunday), 06 Februari 2o11
2:o0 pM

Friday, January 14, 2011

Kesimptoman

Assalamualaikum dunia...
dup dap..dup dap..dup dap...
Alhamdulillah..jantungku masih berdegup dengan baik...dup dap..dup dap..dan dup dap lagi.

Simptom

Aku tak tahu kenapa aku susah nak tidur.Kadang-kadang pukul 6.ooam mataku baru terpejam. Mungkin disebabkan oleh kelenjar-kelenjar peluh aku yang kurang berfungsi memberi effect buruk kepada badan supaya memberi respon kepada mata yang perlu terpejam,seterusnya menggalakkan otakku untuk berehat dan  kemudian melakukan proses hibernasi tersekat. Tapi,tepat pukul 8.00 hingga 9.00 mataku mula bergerak aktif ke atas dan ke bawah..ke atas dan ke bawah..dan tuuuuuuut. Terpejam sehingga pukul 2.00 pm.

 Mungkin disebabkan berat badan yang berlebihan dan kekurangan vitamin baik telah menyebabkan daya tekanan fungsi otakku berkurang ke 50Pascal sedangkan 50Pascal  lagi diperlukan oleh otak untuk tindak balas luar kawalan,berfikir,tindak balas metabolisme dan lain-lain .

aku perlukan tidur pada waktu spatutnya!

Nota tokok tambah:
nonsense talk! 
13 January 2011
3:33aM

Masa Kehadapan

Assalamualaikum warahmatullah...

Hari yang Cerah!!
Hari ni taklah mendung..tapi tak bermakna tak hujan.
Esok pasti tiba..tapi tak bermakna semua manusia dapat rasakannya kalau ajal dah panggil.
Apa yang aku explain sekarang ni ada maknanya..tapi tak bermakna aku tahu maksudnya.
Ya!...aku tak tahu.

Lepas dapat result SPM, aku decide untuk masuk Tingkatan 6. Mungkin,aku tetap ambil keputusan masuk Tingkatan 6 walau apa result aku sekalipun. Walaubagaimanapun,kene fikir masak-masak dulu. Ya! Fikir sampai rangup!!
Kalau ikut pada kajian aku, aku lebih minat Biologi daripada Fizik tapi, biasanya result Fizik aku banyak sikit markah dari Bio tapi,tak tahu la pulak result SPM macam mana nanti tapi, banyak betul 'tapi' aku...Tapi aku benci subjek Kimia.

Aku minat Bio,rasa macam nak ambik medic je, HAHA.
Aku ni bukan pelajar bijak boleh smpai kat Mesir,ex-ex senior sekolah aku,ada yang sampai kat Jordan tapi aku?,aku rasa aku sampai kat kaki aku berpijak je la sebab result aku biasanya cukup-cukup makan je.



Nota Atas Pasir:
-aku brminat dengan bidang engineering..tapi..ada peluang ke??
Isnin,10 Januari 2010
9:48 aM

Wednesday, January 5, 2011

sEtory : Tiada Tajuk

Aku berjalan ditepi sebuah perigi buta sambil menghirup udara yang mungkin segar unrtuk digunakan dalam proses respirasiku...walawbagaimanapun,sambil  berjalan..mata harus di cuci. memang ramai manusia yang datang dan pergi di kawasan perigi buta tersebut,mungkin atas faktor kecantikan alam semula jadi yang terdapat disana..tapi,apa keperluan perigi buta disitu??

sedang asyik memandang seekor biri-biri yang perasan 'hot' sedang meragut rumput,tiba-tiba..
"pheeeewiiiiiit!!..oitt!!"...
laungan menjengkelkan itu menyapa aku dari belakang. aku memalingkan wajahku,ternampak Sang Arnab sedang girang sambil terlompat-lompat menuju ke arahku...ahh..rupanya arnab tak sedar diri ni!
"berani kau panggil aku ??!"..
aku mengexpresikan wajah marahku terhadapnya...
"oii..Saju..sini la...!!"..suara itu terus memanggil..aku berpaling semula dari pandanganku..dan yang pasti..bukan Sang Arnab tadi!
"da lama lu datang sini??"..
Ohh..Encik Donat ni rupanya yang melakukan gangguan konsentrasi aku..salahkan Sang Arnab pula.
"baru je..tak sampai sejam,dalammmm(sambil tengok jam)...59 minit la.."
"owh..dah nak dekat sejam dah..lu buat apa kat sini??"
"soalan bonus ka??..release tension la..."

sedang asyik berborak-borak dengan Encik Donat tiba-tiba...DUSH!!!DUSH!!..BOOMM!!!.
Aku dan Encik Donat begitu terkesima dengan bunyi tersebut. Semua pengunjung terkejut dengan riak buruk dan mulut ternganga. Kelihatan dua makhluk seperti manusia sedang beradu kekuatan..aku mengamati wajah mereka berdua. Ohh,Shinbe dan Shizuka rupanya..masing-masing mengeluarkan kuasa super power mereka dengan kelajuan 50kaki sesaat. Haahh!,dua beradik kembar yang sentiasa bergaduh dan menyusahkan orang lain. Dasar anak-anak Shrek!! Langsung tiada jati diri.
Aku dengan perasaan takut-takut marah,memberanikan diriku mara ke arah mereka berdua.
"cukuplah!!"
Launganku menghentikan pertarungan mereka berdua,mereka saling berpandangan dan terus menumpukan mata tajam mereka ke arahku. Perlahan-lahan Shinbe dan Shizuka datang ke arahku ala-ala gangster Kampung Pinang Sebatang dengan muka 'rock' mereka. Aku merasakan rembesan hormon adrenalin dalam badan aku meningkat dengan serta merta,aku coba berlagak tenang. Dalam masa 5 saat lagi,mereka tepat di depan aku!

Air liur yang tekumpul kutelan laju-laju tapi wajahku masih menghasilkan riak wajah yang sama.Mereka di depan mata!
"Bro Saju,lama tak jumpa..buat apa kat sini???"
Nafas yang kutarik dalam-dalam ku lepaskannya penjang-panjang..cis!soalan itu je tapi cukup meningkatkan degupan jantungku dari 83detik/seminit ke 500detik/seminit. Tapi soalan sama!. Kenapa tak tanya bila aku akan menikah,bila aku nak pegi Paris,apa yang aku buat dekat rumah Shin Chan anak Mak Jah semalam....huh!

Belum sempat menjawab pertanyaan Shinbe,Encik Donat sudah memberikan jawapannya. Aku meminta diri kerana ada urusan dunia yang perlu diselesaikan.Ya,menulis kisah hari ini. Aku melambaikan tanganku kepada Sang Arnab tadi, ia begitu gembira sekali meyambut lambaian tanganku. Tiba-tiba aku terhantuk sesuatu dengan kekuatan 5 Scala Richter,oh,tiang bendera Jepun rupanya..nasib baik selamat..nyaris-nyaris menukarkan destinasiku ke dalam perigi buta tersebut,hati kecilku berbisik.."aku belum kahwin lagi!!"  ahh!..ni semua salah Sang Arnab! Bedebah! dengan benjol dikepala..aku pun berlalu...
TAMMAT

aku nak sambung makannn....

Nota tokok tambah:
thank you for wasting your time on this stupid story.

Ahad,19 Disember 2o1o
11:59pM

Drama FYP

Sedang melalui hari-hari last sebagai siswi undergraduate kat UTeM dan bakal tempuh lasttt exam!(sem khas) I'm quiet person with so m...