Thursday, February 17, 2011

sEtory : Hikayat 3 Pendekar Geniusi Giler Terlampau

Alkisah...tiga pendekar muda yang gagah terlebih berani, kuat dalam berlawan sesama sendiri, genius tahap Student UTR yang terkenal di serata dunia ini....
  Dua daripada mereka berasal daripada Kampung Padang Jarak dan seorang lagi dari Kampung Padang Tekukur yang terletak di timur tengah Kampung Padang Jarak tadi. Kedua-dua kampung ini terletak di negeri Padang Bola,iaitu di negara Padang Negara.

  Para perwira ini telah dipilih berdasarkan genetic masing-masing dalam kelayakan menyelesaikan tugasan yang memerlukan mereka merantau lebih dari sepuluh tempat yang berbeza dalam menguji ketangkasan, mencabar keberanian dan memerah fikiran mereka untuk bergerak seiring dengan harapan negara dalam menghabiskan dan mereleasekan Notific yang harus diselesaikan oleh mereka.

Owh, lupa untuk hamba menyampaikan ini.....
Mereka adalah Pendekar Ma'as, Pendekar Um'ur, dan Pendekar Fa'da
  Tiga pendekar ini, dengan satu suara memikul tanggungjawab yang over load ini bersama. Bersatu dalam setiap misi yang dipertanggungjawabkan, mereka memulakan misi pertama bertemu dengan President Bruno M untuk misi sulit negara yang dirahsiakan umum.(nama pun rahsia, mesti la tak boleh state...)

  Misi seterusnya berjalan dengan lancar walaupun mereka dihalang oleh tiga puak Kanibal iaitu puak Penenggal, puak Pos!man atau lebih dikenali sebagai puak Ngadil dan puak Manusiyas. Ketiga-tiga puak ini akhirnya berjaya dihapuskan seratus-peratus semasa berada dalam misi terakhir mereka, iaitu menanda banyak Notific beracun yang dinamakan 'Three(P)Like'.

Namun, malang tidak berbau...
  Pendekar Ma'as meninggalkan negara kerana penyakit pening yang dialami, disusuli dengan Pendekar Um'ur yang mengalami sawan TAUTAH!. Mereka dipercayai dijangkiti virus dari puak Manusiyas dan puak Penenggal. Tetapi, Pendekar Fa'da hanya menghadapi Terkesima dan tidak dijangkiti mana-mana penyakit kerana keturunan moyang ibunya berketurunan puak Ngadil yang mempunyai Antibody yang kuat.

-THE END-
khas ntuk: DRAMA SI NGUK, SI NGEK,SI NGOK

Gambar Sekadar menyemak..

Nota tokok tambah:
terimalah...cerpen fiksyen bongok ini
Jumaat(Friday),18 Februari 2o11
11:36 aM

Install Cinta kasih (Copy/Paste)


Costumer Service (CS) : Ya, ada yang boleh saya bantu?
Pelanggan (P) : Baik,setelah pertimbangkan, saya ingin menginstall  cinta kasih. Bolehkah anda memandu saya menyelesaikan prosesnya?
CS : Ya, saya dapat membantu anda. Anda bersedia melakukannya?
P : Baik, saya kurang mengerti tentang teknik-tekniknya, tetapi saya bersedia untuk menginstall nya sekarang. Apa yang harus saya lakukan dahulu?
CS : Langkah pertama adalah membuka HATI anda. Tahukah anda di mana HATI anda?
P : Ya, tapi ada banyak program yang sedang aktif. Apakah saya tetap boleh menginstallnya sementara program-program tersebut aktif?
CS :  Program apa saja yang sedang aktif?
P : Sebentar, saya lihat dulu, Program yang sedang aktif adalah SAKITHATI.EXE, TAKYAKIN.EXE, DENDAM.EXE dan BENCI.COM.
CS : Tidak apa-apa. CINTA-KASIH akan menghapuskan SAKITHATI.EXE dari sistem operasi anda. Program tersebut akan tetap ada dalam memori anda, tetapi tidak lama kerana akan tertimpa program lain. CINTA-KASIH akan menimpa TAKYAKIN.EXE dengan modul yang disebut PERCAYADIRI.EXE. Tetapi anda harus mematikan BENCI.COM dan DEMDAM.EXE. Program tersebut akan menyebabkan CINTA-KASIH tidak terinstall secara sempurna. Dapatkah anda mematikannya?
P : Saya tidak tahu mematikannya. Dapatkah anda membantu saya?
CS : Dengan senang hati. Gunakan Start Menu dan aktifkan MEMAAFKAN.EXE. Aktifkan program ini sesering mungkin sampai BENCI.COM dan DEMDAM.EXE terhapus.
P : Okey,sudah. CINTA-KASIH mulai diinstall secara automatik. Apakah ini wajar?
CS : Ya, anda akan menerima isyarat bahawa CINTA-KASIH akan terus diinstall  kembali dalam HATI anda. Apakah anda melihat isyarat tersebut?
P : Ya. Apakah sudah selesai diinstall?
CS : Ya, tapi ingat bahawa anda hanya menpunyai program dasar saja. Anda perlu mulai menghubungkan HATI yang lain agar untuk mengupgradenya.
P : Oops. Saya mendapat isyarat error . Apa yang harus saya lakukan?
CS : Apa Isyaratnya?
P : 'ERROR 412 - PROGRAM NOT RUN ON INTERNAL COMPONENT' - apa ertinya?
CS : Jangan khuatir. Itu masalah biasa. Ertinya, program CINTA-KASIH diset untuk aktif di HATI eksternal tetapi belum dapat aktif dalam HATI internal anda. Ini adalah salah satu kerumitan pemograman, tetapi dalam istilah non-teknik ini bererti anda harus men-'CINTA-KASIH'-i mesin anda sendiri sebelum men-'CINTA-KASIH'-i orang lain.
P : Lalu, apa yang harus saya lakukan?
CS : Dapatkah anda klik pulldown direktori yang disebut 'PASRAH'?
P : Ya, sudah.
CS : Bagus. Pilih fail-fail berikut dan salin ke direktori 'MYHEART' MEMAAFKAN-DIRI-SENDIRI.DOC, dan MENYEDARI-KEKURANGAN.TXT. Sistem ini akan menimpa fail-fail konflik  dan mula memperbaiki program-program yang salah. Anda juga perlu mengosongkan Recycle Bin untuk memastikan program-program yang salah tidak muncul kembali.
P : Sudah. Hei! HATI saya terisi fai-fail baru. SENYUM.MPG aktif di monitor saya dan menandakan bahawa DAMAI.EXE dan KEPUASAN.COM disalin ke HATI. Apakah ini wajar?
CS : Kadang-kadang. Orang lain mungkin perlu waktu untuk mendownloadnya. Jadi CINTA-KASIH telah terinstall dan aktif. Anda harus mampu menanganinya dari sini. Ada satu lagi hal yang penting.
P : Apa?
CS : CINTA-KASIH adalah freeware. Pastikan untuk memberikannya kepada orang lain yang anda temui. Mereka akan share kepada orang lain dan seterusnya sehingga anda akan menerimanya kembali. =)



Sweet kan??


Nota tokok tambah:
-To all my lovely friends =) Gudluck ek for ur result!
-Pastikan lu org install  Antivirus  juga dalam HATI tu..gune Kaspersky ,Avast,McAfee or  Newton Antivirus pun okay..
-Quote kot:
Tak harus kita bersedih
bila ada sesuatu yang kita ingini tidak tergapai.
Tak harus menyesal
ketika impian kita ternyata bukan milik kita.
Tak harus kecewa
saat ada sesuatu hilang dari kita.
Tak harus luka bila harapan tak terwujud.
Tapi...memang kita sedih kalau result SPM hanco! 


Rabu(Wednesday),16 Februari 2o11
9:50 aM

'Mesirians Murabak' Juga Nak Merabak Murtabak Mubarak

Assalamualaikum


Sekarang,betul-betul kecoh rusuhan kat Mesir..sampai terbunuh pun ada tuhh..masyaAllah...power-power..ish,but tabik spring kat rakyat Mesir,berani bersuara..Mesirians..go!go!go

Tengah syok blog-walking,aku pun 'berjalan' la kat satu blog kepunyaan pelajar yang juga belajar kat Mesir yang aku follow. Haha,aku suka betul cerita beliau. Ceritanya tentang sebuah negara yang digelar Murabak yang diperintah oleh Husni Murtabak. 
Nak jadi story punya pasal,tiap-tiap hari rakyat-rakyat negara tersebut diberi makan Murtabak.Mula-mula mereka sukakannya,tapi lama-lama mereka mula bosan dan tidak sukakannya lagi!. So,nak protes punya pasal,mereka pun merusuh. Jadi,sama-samalah kita doakan semoga rakyat negara Murabak terbela nasib mereka dan akan diperintah oleh Roti Canai.-TAMAT-


Macam itulah cerita beliau. Kreatif betul.

Daa~


Nota tokok tambah:
bosan


Ahad (Sunday), 06 Februari 2o11
2:o0 pM

Drama FYP

Sedang melalui hari-hari last sebagai siswi undergraduate kat UTeM dan bakal tempuh lasttt exam!(sem khas) I'm quiet person with so m...