Thursday, February 17, 2011

sEtory : Hikayat 3 Pendekar Geniusi Giler Terlampau

Alkisah...tiga pendekar muda yang gagah terlebih berani, kuat dalam berlawan sesama sendiri, genius tahap Student UTR yang terkenal di serata dunia ini....
  Dua daripada mereka berasal daripada Kampung Padang Jarak dan seorang lagi dari Kampung Padang Tekukur yang terletak di timur tengah Kampung Padang Jarak tadi. Kedua-dua kampung ini terletak di negeri Padang Bola,iaitu di negara Padang Negara.

  Para perwira ini telah dipilih berdasarkan genetic masing-masing dalam kelayakan menyelesaikan tugasan yang memerlukan mereka merantau lebih dari sepuluh tempat yang berbeza dalam menguji ketangkasan, mencabar keberanian dan memerah fikiran mereka untuk bergerak seiring dengan harapan negara dalam menghabiskan dan mereleasekan Notific yang harus diselesaikan oleh mereka.

Owh, lupa untuk hamba menyampaikan ini.....
Mereka adalah Pendekar Ma'as, Pendekar Um'ur, dan Pendekar Fa'da
  Tiga pendekar ini, dengan satu suara memikul tanggungjawab yang over load ini bersama. Bersatu dalam setiap misi yang dipertanggungjawabkan, mereka memulakan misi pertama bertemu dengan President Bruno M untuk misi sulit negara yang dirahsiakan umum.(nama pun rahsia, mesti la tak boleh state...)

  Misi seterusnya berjalan dengan lancar walaupun mereka dihalang oleh tiga puak Kanibal iaitu puak Penenggal, puak Pos!man atau lebih dikenali sebagai puak Ngadil dan puak Manusiyas. Ketiga-tiga puak ini akhirnya berjaya dihapuskan seratus-peratus semasa berada dalam misi terakhir mereka, iaitu menanda banyak Notific beracun yang dinamakan 'Three(P)Like'.

Namun, malang tidak berbau...
  Pendekar Ma'as meninggalkan negara kerana penyakit pening yang dialami, disusuli dengan Pendekar Um'ur yang mengalami sawan TAUTAH!. Mereka dipercayai dijangkiti virus dari puak Manusiyas dan puak Penenggal. Tetapi, Pendekar Fa'da hanya menghadapi Terkesima dan tidak dijangkiti mana-mana penyakit kerana keturunan moyang ibunya berketurunan puak Ngadil yang mempunyai Antibody yang kuat.

-THE END-
khas ntuk: DRAMA SI NGUK, SI NGEK,SI NGOK

Gambar Sekadar menyemak..

Nota tokok tambah:
terimalah...cerpen fiksyen bongok ini
Jumaat(Friday),18 Februari 2o11
11:36 aM

No comments:

Drama FYP

Sedang melalui hari-hari last sebagai siswi undergraduate kat UTeM dan bakal tempuh lasttt exam!(sem khas) I'm quiet person with so m...