Tuesday, November 12, 2013

Celaka Tapi Tenang

Bila aku rasa...
...
Lost!. Rasa dunia ni tak adil, rasa tiada karma yang datang ke atas manusia yang memberi karma ke atas manusia lain, dan rasa paranoid yang tinggi di waktu seolah-olah di sekelilingi manusia hipokrit, manusia yang memijak untuk kepentingan, manusia yang hanya tahu meluruskan jari telunjuk sendiri, dan manusia yang memanipulasi, aku cuba kembali dalam diri sendiri,muhasabah dan kembali buta. Tapi sampai bila ingin sedar tapi buta?

Bayang kesorangan itu sesuatu perkara yang celaka tapi tenang, jadi aku hindarkan namun aku masih tercelaka tapi tetap tenang. Tenang dengan yang memahami, tercelaka oleh yang memijak, yang memanipulasi.

Ya! Dimanipulasi tapi belum dayus untuk terus dipulas-pulaskan otak menurut sebab sedar hidup bukan untuk kesenangan pihak lain. Terasa... tapi diam dan bukan bodoh. Ya, aku ego. Ego aku bukan masalah, malah penyelamat kerana aku belum sepenuhnya dimanipulasi. Tidak.

Tak inginkan dendam, hanya inginkan hak sebagai sesama manusia. Hak untuk bersuara dan kau sebagai manusia, aku mohon fikirkan apa yang dibentang oleh otak aku yang kurang tajam tapi jangan menghentam tanpa pemikiran yang terang! Kau mampu perjelas perbezaan keterangan tanpa perlu mendabik, bukan?

Aku benci keterlebihan kau atas manusia lain kerana aku manusia. Memerhati kau berkata 'adil' tanpa kesaksamaan yang kau tadah. Kau gila!
Memusnahkan manusia lain dengan kata-kata, pengaruh, telunjuk, minda, kaulah pelakon handalan tanpa skrip yang hebat. Insan yang paling aku hindari.
Tapi kau cekap, memanipulasi dengan kebijaksanaan atas kenaifan orang lain. Seolah-olah aku berdepan dengan anak kepada raja segala konspirasi. Kau memanipulasi......kekurangan aku.

Walau jatuh ke tanah, aku bukan untuk dipijak, mohon didorong untuk berdiri semula walau tanpa dibantu...
Sebolehnya berikan aku tongkat, biar aku gunakannya untuk berjalan lagi.



- "there is a fire inside of this heart and a riot about to explode into flame"
- "don't go crying to your mama cause you're on your own in the real world"
- "it's easier to run, replacing this pain with something numb..it's easier to go than face all this pain here all alone"
- mencari pena sewaktu keterdesakkan hati...
- manusia sering menadah belas memohon petunjuk tuhan sewaktu kecelakaan menimpa diri. Aku juga meminta petunjuk tuhan, bezanya..aku juga mempergunakan pena penulisan untuk memimpin kesedaran...

Wednesday, October 2, 2013

Aku tak tahu ini Luahan atau Keluhan, mungkin Aduan.

Aduan aku, banyak....
Insan A kutuk orang belakang-belakang, depan buat muka suci sesucinya. Insan B yang ingin menguasai, tapi langsung menolak pendapat. Ada yang layan manusia macam tahi dan sampah...tapi aku tak faham. Bila sekali melayan mereka  seperti mana cara mereka melayan, aku dicelakakan. Buta benar tanpa menuding diri yang melakukan perkara yang sama! Kenapa yang berusaha menjaga perasaan yang mendapat sampah?!

Soalan untuk Mu, kenapa mereka senang, aman, tenang....semua orang suka? in fact, mereka mencelaka, tapi pencelakaan terhadap apa yang mereka buat..seolah-olah pemerhati ini yang dapat. Tolonglah, aku sedang berusaha untuk menjadi manusia berguna. Bukan mudah.

 Aku tak faham. Aku tak nak khianati Kau, tapi..kadang-kadang sesuatu memerlukan jawapan. Ramai orang yang lebih jahat dari aku, tapi tak pernah jatuh. Aku tahu ada karma, tapi orang yang aku tunggu karma kembali kepadanya itu masih tenang. Sentiasa kat atas dan aku masih dibawah, tetap dalam hidup, penuh dengan pencelakaan yang orang ramai panggil dugaan.  Aku tau, semuanya ada hikmah, memang aku diajar oleh mak dan abah untuk menerima takdir dan hikmah. Tapi, hikmah tu masih samar sedikit, mungkin aku yang buta.


Hidup ni sungguh kreatif dan pelik. Aku kagum dengan kebesaranMu. Kadang-kadang tiap-tiap hari dengan masalah sama. Tiap-tiap hari berlawan dengan diri sendiri. Ya! Aku manusia yang tidak tahan dugaan, Kau pun tahu..dan Kau sendiri lebih mengetahui tentang aku, perasaan aku, tapi....

Aku masih buntu, diuji sejauh-jauh, putus harapan seperti tiada penyelamat. Percerah dan sucikanlah hati ini untuk menerima hidayahMu. Aku cuba mendekati, tapi Kau menjauh, plezz.. Aku harap satu hari nanti aku jumpa hikmah. Aku mencuba, dan aku harapkan bantuanMu. Kadar diri ini ke tempat JahannamMu amat tinggi kerana aku tahu, aku bukan yang taat sepenuhnya perintah Kau, yang sentiasa ingat Kau, yang sabar dengan dugaan yang diberi. Aku manusia yang sering mengadu , tapi...kata mak, apa-apa hal baik buruk diadu kepadaMu, jangan mengadu kepada manusia, mereka takkan faham.

Ya! Aku malu sebab meminta, tapi siapa lagi yang aku ada sekarang, siapa yang memahami. Tentunya Kau. Kau yang berkuasa membaca isi hati. Sahabat, teman, rakan, kawan amat samar untuk memahami. Lebih pula yang berlagak separa Kau, konon mengetahui baik buruk hati ini tapi masih kosong mengkaji diri sendiri. Tiada makhluk yang dapat memberi petunjuk kepada makhluk lain selain penciptanya. Aku mohon....Tuhan.


Monday, June 17, 2013

Sebenarnya...Aku Not Alone

                 Saju....masih sama seperti dulu, di tempat yang sama. Tapi ada sesuatu yang memberi perubahan kepadanya. Situasi.

Malam itu masih muda. Tak! Tidak lagi!
Malam sudah makin menghampiri pengakhiran namun masih seperti malam-malam sebelumnya, menemani Saju yang ligat memikirkan masa depan. Suatu masa yang belum lagi wujud, dirancang minda tapi ditentukan oleh takdir. Kadang-kadang Saju bermonolog sendiri, sekejap berbicara dengan kupu-kupu malam, sekejap dengan semut-semut hitam yang tak jemu-jemu mengusung setiap bangkai serangga yang mati bila tiba ajalnya.

"Bagus..baguss... Tak sia-sia aku sign tender dengan korang. Rajin angkut bangkai menatang tu semua. Tak macam aku...malas! Tidur je rajin. Hmmmmp", Saju menguluh panjang.

Keseorangan di bilik membosankan Saju. Lagu alternative rock dari kumpulan Linkin Park berkumandang dicorong Sonic Gear, jenama speaker kepunyaan seorang sahabat. Dua orang teman akrab yang kebiasaannya menyemak telah pulang ke kampung halaman masing-masing, Cang Kul dan Along Parit Buntal. Tapi, sayang itu tetap sayang because Friendship means a lot. Nah kau....
Tak pernah pudar dek Clorox, tak pernah terdelete dek terscan oleh Kapersky Antivirus, tak pernah hancur dek berlanggar dengan asteroid, tak pernah tenggelam dek Laut China Selatan, tak pernah terputus walau Saju bukan Kpopper. Tak pernah terhalang dek Racism.



Keseorangan mengingatkan Saju tentang kesunyian. Bunyi lagu diperlahankan. Berfikir sejenak. Kesunyian itu dicipta oleh keegoan dirinya sendiri. Malu tak bertempat dengan masyarakat mungkin. Atau mungkin kurang malu dengan Pencipta dirinya? Memikirkan khilaf yang kurang jelas pada mata kasar tapi bersuluh pada akalnya. Ya! Itulah yang tepat.

Kesunyian pada hati boleh menggambarkan kesunyian pada iman seseorang. Keseorangan membantu Saju menilai dirinya, menilai secebis kesunyian yang dialaminya malam itu. Saju mulai sedar, perasaan itu satu isyarat untuk membuka matanya dari terus buta dengan keadaan sekeliling. Buta daripada menyedari sesuatu yang dicari oleh jiwanya yang selama ini sering terabai disebabkan urusan dunianya yang sementara.

Keadaan itulah yang mengajar kita kembali mengingati Pencipta, mendekatkan diri kita kepadaNya yang takkan jemu mendengar rintihan daripada makhluk walau mereka sering melupakan-Nya. Hanya Dia yang sentiasa kekal dan selalu bersama hambaNya. Dalam setiap doa yang dikirim oleh hambaNya, Dialah yang memakbulkan dan Dia jugalah memberi rahmat kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Bersyukurlah, kesedaran daripada Allah menandakan Dia masih menyayangi hambaNya.



- keep calm and sama-sama muhasabah
- mahukan perubahan, tapi sentiasa memperbodohkan masa..itu namanya malas! *marah diri sendiri*
- kadang-kadang, bila kita jauh, Dia dekatkan kita denganNya, tp bila makin kita dekat...semakin kuat dugaan dariNya
- dugaan itu menguji keimanan
- ujian itu mengukuhkan lagi kekuatan hati
- *sedang mencari kekuatan
- akhir kata...
- baik buruk kata-kata itu datang dari aku sendiri..tp yang berhikmah itu semestinya datang dari Yang Maha      Mengetahui

Drama FYP

Sedang melalui hari-hari last sebagai siswi undergraduate kat UTeM dan bakal tempuh lasttt exam!(sem khas) I'm quiet person with so m...