Wednesday, October 2, 2013

Aku tak tahu ini Luahan atau Keluhan, mungkin Aduan.

Aduan aku, banyak....
Insan A kutuk orang belakang-belakang, depan buat muka suci sesucinya. Insan B yang ingin menguasai, tapi langsung menolak pendapat. Ada yang layan manusia macam tahi dan sampah...tapi aku tak faham. Bila sekali melayan mereka  seperti mana cara mereka melayan, aku dicelakakan. Buta benar tanpa menuding diri yang melakukan perkara yang sama! Kenapa yang berusaha menjaga perasaan yang mendapat sampah?!

Soalan untuk Mu, kenapa mereka senang, aman, tenang....semua orang suka? in fact, mereka mencelaka, tapi pencelakaan terhadap apa yang mereka buat..seolah-olah pemerhati ini yang dapat. Tolonglah, aku sedang berusaha untuk menjadi manusia berguna. Bukan mudah.

 Aku tak faham. Aku tak nak khianati Kau, tapi..kadang-kadang sesuatu memerlukan jawapan. Ramai orang yang lebih jahat dari aku, tapi tak pernah jatuh. Aku tahu ada karma, tapi orang yang aku tunggu karma kembali kepadanya itu masih tenang. Sentiasa kat atas dan aku masih dibawah, tetap dalam hidup, penuh dengan pencelakaan yang orang ramai panggil dugaan.  Aku tau, semuanya ada hikmah, memang aku diajar oleh mak dan abah untuk menerima takdir dan hikmah. Tapi, hikmah tu masih samar sedikit, mungkin aku yang buta.


Hidup ni sungguh kreatif dan pelik. Aku kagum dengan kebesaranMu. Kadang-kadang tiap-tiap hari dengan masalah sama. Tiap-tiap hari berlawan dengan diri sendiri. Ya! Aku manusia yang tidak tahan dugaan, Kau pun tahu..dan Kau sendiri lebih mengetahui tentang aku, perasaan aku, tapi....

Aku masih buntu, diuji sejauh-jauh, putus harapan seperti tiada penyelamat. Percerah dan sucikanlah hati ini untuk menerima hidayahMu. Aku cuba mendekati, tapi Kau menjauh, plezz.. Aku harap satu hari nanti aku jumpa hikmah. Aku mencuba, dan aku harapkan bantuanMu. Kadar diri ini ke tempat JahannamMu amat tinggi kerana aku tahu, aku bukan yang taat sepenuhnya perintah Kau, yang sentiasa ingat Kau, yang sabar dengan dugaan yang diberi. Aku manusia yang sering mengadu , tapi...kata mak, apa-apa hal baik buruk diadu kepadaMu, jangan mengadu kepada manusia, mereka takkan faham.

Ya! Aku malu sebab meminta, tapi siapa lagi yang aku ada sekarang, siapa yang memahami. Tentunya Kau. Kau yang berkuasa membaca isi hati. Sahabat, teman, rakan, kawan amat samar untuk memahami. Lebih pula yang berlagak separa Kau, konon mengetahui baik buruk hati ini tapi masih kosong mengkaji diri sendiri. Tiada makhluk yang dapat memberi petunjuk kepada makhluk lain selain penciptanya. Aku mohon....Tuhan.


Drama FYP

Sedang melalui hari-hari last sebagai siswi undergraduate kat UTeM dan bakal tempuh lasttt exam!(sem khas) I'm quiet person with so m...