Tuesday, November 12, 2013

Celaka Tapi Tenang

Bila aku rasa...
...
Lost!. Rasa dunia ni tak adil, rasa tiada karma yang datang ke atas manusia yang memberi karma ke atas manusia lain, dan rasa paranoid yang tinggi di waktu seolah-olah di sekelilingi manusia hipokrit, manusia yang memijak untuk kepentingan, manusia yang hanya tahu meluruskan jari telunjuk sendiri, dan manusia yang memanipulasi, aku cuba kembali dalam diri sendiri,muhasabah dan kembali buta. Tapi sampai bila ingin sedar tapi buta?

Bayang kesorangan itu sesuatu perkara yang celaka tapi tenang, jadi aku hindarkan namun aku masih tercelaka tapi tetap tenang. Tenang dengan yang memahami, tercelaka oleh yang memijak, yang memanipulasi.

Ya! Dimanipulasi tapi belum dayus untuk terus dipulas-pulaskan otak menurut sebab sedar hidup bukan untuk kesenangan pihak lain. Terasa... tapi diam dan bukan bodoh. Ya, aku ego. Ego aku bukan masalah, malah penyelamat kerana aku belum sepenuhnya dimanipulasi. Tidak.

Tak inginkan dendam, hanya inginkan hak sebagai sesama manusia. Hak untuk bersuara dan kau sebagai manusia, aku mohon fikirkan apa yang dibentang oleh otak aku yang kurang tajam tapi jangan menghentam tanpa pemikiran yang terang! Kau mampu perjelas perbezaan keterangan tanpa perlu mendabik, bukan?

Aku benci keterlebihan kau atas manusia lain kerana aku manusia. Memerhati kau berkata 'adil' tanpa kesaksamaan yang kau tadah. Kau gila!
Memusnahkan manusia lain dengan kata-kata, pengaruh, telunjuk, minda, kaulah pelakon handalan tanpa skrip yang hebat. Insan yang paling aku hindari.
Tapi kau cekap, memanipulasi dengan kebijaksanaan atas kenaifan orang lain. Seolah-olah aku berdepan dengan anak kepada raja segala konspirasi. Kau memanipulasi......kekurangan aku.

Walau jatuh ke tanah, aku bukan untuk dipijak, mohon didorong untuk berdiri semula walau tanpa dibantu...
Sebolehnya berikan aku tongkat, biar aku gunakannya untuk berjalan lagi.



- "there is a fire inside of this heart and a riot about to explode into flame"
- "don't go crying to your mama cause you're on your own in the real world"
- "it's easier to run, replacing this pain with something numb..it's easier to go than face all this pain here all alone"
- mencari pena sewaktu keterdesakkan hati...
- manusia sering menadah belas memohon petunjuk tuhan sewaktu kecelakaan menimpa diri. Aku juga meminta petunjuk tuhan, bezanya..aku juga mempergunakan pena penulisan untuk memimpin kesedaran...

No comments:

Drama FYP

Sedang melalui hari-hari last sebagai siswi undergraduate kat UTeM dan bakal tempuh lasttt exam!(sem khas) I'm a silent person with s...