Thursday, November 12, 2015

Kau, si Megah

Kau insan bernama manusia....
Apabila ramai lantang segerombolanmu bersuara
Berbicara itu ini sana sini tanpa ada rasa,
Kerana kau asyik dengan jumlahmu kau terlupa,
Yang terpinggir itu juga bernama manusia,
Gahnya perasaan dikelilingi sekutu bukan?
Ideologi sama pandangan sebulu
Bila ada yang kurang, yang contra pada bukan ahlimu
Semua bersepakat, beganding bahu bersama menindas, menjatuh si malang itu.
Kerana kau punya teman sehaloba
Mendongak ke langit membuta mata
Merasa kuat, merasa kukuh, merasa besar, merasa bangga
Sewenang hati mengawal minoriti di hadapanmu.
Tanpa ada jemu.
Tapi satu kurangnya pada manusia sepertimu...
Tatkala bersendiri menghadap umum kau menyepi tak terkata
Bila sunyi tak berteman kau cari si minoriti, si hidup bersendiri sebagai singgahan
Kau rendahkan darjatmu, kau diamkan usulmu bila berbicara
Kerna kau tahu tiada sesiapa akan menerima
Dan kau tahu akan ada yang menentang pemikiranmu kerna kau juga begitu
Kau menentang pemikiran yang lain sewaktu kau dengan seangkatanmu
Kau insan lemah, mempamer kuat gagah hanya bila punya sekutu.
Kau....si megah itu.

No comments:

Drama FYP

Sedang melalui hari-hari last sebagai siswi undergraduate kat UTeM dan bakal tempuh lasttt exam!(sem khas) I'm quiet person with so m...