Tuesday, November 3, 2015

Sama-sama Manusia

Berteriak, menjerir-jerit Hati menyumpah si tuannya. Keputusan bodoh dari akal pendek si tuan menggusarkan Hati.
''Apsal lah bodoh sangat decide sesuatu benda! Tak pasal jadi complicated. Are you fucking dumb??'' Getus si Hati.
Sudah seharian Saju cuba tenangkan diri. Kata putusnya yang dahulu ligat bermain dikepala. Jasadnya masih terbaring di katil, ditindih bantal untuk menyelesakan diri sendiri. Menghabiskan masa dengan berfikir memejam mata, membunuh masa. Kelas diabaikan dengan alasan 'rehat'.
''Apa lagi yang tak kena?''
''tu lah, konon nak pegang janji, tanggungjawab lah konon, tak pasal-pasal kena tuduh songlap duit''
''ntah, lain kali serah aje semua benda. Lain kali amal sikap pergi mampos! Live your life lah, you no longerr there!''
''Percaya sangat dengan orang yang konon pegang maruah, kau tengok sekarang, maruah dia, dia jaga lah! Maruah kau?? Kene pijak kesudah!"
"tak! Ni salah faham je"
"salah faham ape? Memang manusia-manusia itu tak nak faham. Nak suruh faham ape lagi?!"
"mereka cuma risau ditipu"
"alasan! Mereka rasa mereka betul! Baik! Tinggi standard dari kau! Mana respect mereka atas dasar sesama manusia?? Memandang yang lain sebagai hina, keji, jahat. Mereka sahaja yang baik. Memijak bila besar bilangan. Lupa yang kau juga manusia!"

"Bullshit!!" Jerit Saju. Bergema biliknya yang sunyi sepi. Saju mengiring ke kanan, buntu. Hanya mampu mengenangkan nasib. Padu Hatinya mundar mandir berbicara.  Berbincang kelogikan masalah Saju . Buat kesekian kali, Hati memaki hamun Saju.

"aah, kau diamlah hati! Keputusan aku keputusan kau jugak! kau sendiri pun buat keputusan tak fikir panjang! Semua dah jadi. Kami sama-sama manusia, sama-sama tak fikir panjang, ego, rasa sentiasa betul, rasa orang lain jahat, takkan tuding salah kat diri sendiri, rasa gah bila berpuak. Semua itu perangai manusia...yang mengikut nafsu amarah sendiri. Akhirnya, semua sama. Penuhi keputusan betunjangkan nafsu, ego dan keinginan diri sendiri, perlahan-lahan tanpa sedar mengabaikan akal. Semua manusia akan lalui waktu jatuh macam ni, kerana manusia semua penuhi kesibukkan dengan masalah sendiri. Walaupun...mereka masih mampu mendengar insan lain dengan hanya memahami, empathy. Kerana manusia takkan merasai perit yang sama dengan yang dirasai manusia lain! Faham?!" Saju mengerutkan dahi. Terluahnya kata-kata dari Akal setelah lama mematikan diri. Mati dek kehancuran yang telah hati sebarkan. 

Punat telefon ditekan Saju, mencari nama kenalan. Butang dial ditekan. Tuut tuuuttt...tutt tuttt.
"Assalamualaikum. Mak..."



#notakaki
- pernah kerja part time jadi volunteer untuk orang menuding jari ?

No comments:

Drama FYP

Sedang melalui hari-hari last sebagai siswi undergraduate kat UTeM dan bakal tempuh lasttt exam!(sem khas) I'm quiet person with so m...