Friday, December 4, 2015

Sama Serupa? Kau Silap

Manusia takkan merasa susah dan perit yang sama seperti mana yang dirasai oleh orang lain. Sebab masing-masing sebenarnya diuji dengan masalah tersendiri. Kau takkan faham macam mana orang lain uruskan hidup dia secara TOTAL. 

Apa yang dia hadapi, apa masalah dia, dan apa masalah dengan diri sendiri. Tak semestinya dia cerita semua benda pada kau, kau dah boleh assume kau kenal dia siapa. Tapi apa yang kau boleh buat adalah cuba untuk faham. Faham situasi dia dan bukan condemn. Kau pun mahu difahami orang lain, bukan?

Manusia ni ada sifat judgemental. First impression game memang strong habis. Tapi ada yang try fikir positif bila ter-judge orang, yang ni boleh respect.

Kenal setahun dua, kau dah rasa rapat, kau tahu semua benda pasal dia. Padahal, kau tak pernah berpeluang jumpa dia yang KEDUA. Kita pun, kalau ada masalah, ada yang boleh share dengan kawan. Ada masalah yang kita share dengan sahabat karib. Ada jugak kita share dengan keluarga. DAN ada masalah yang kita keep it silent, kita pendam. Benda yang memendam ni yang buatkan orang tak nampak kita yang kedua. Apatah lagi kita nak nampak orang lain. 

Ya, kau mungkin boleh berada dalam situasi sama dengan dia, tapi adakah kau dengan dia orang yang sama? Cara berfikir, cara menghadapi masalah, BERBEZA. Latar belakang masing-masing berbeza, impak kepada masalah pun akan berbeza walaupun situasi dia sama dengan kau. So, don't judge, but try to understand. 



Tak lupa juga jenis yang condemn orang, mempertikai apa orang buat dan keputusan orang. Ulang suara - kau tak rasa apa yang dia rasa, apa yang dia lalui dalam hidup dia. Kalau kau cuba selami hati dia pun, even kau try bersama dia sepuluh tahun kemudian pun, kalau dia tak nak tunjuk apa yang buat dia jadi macam tu dan buat keputusan tu, kau takkan tahu apa yang dia rasa. 

Hanya TUHAN yang tahu setiap zarah latar belakang isi hati dia dan Tuhan sahaja yang boleh bolak balikkan hati manusia. Kalau kau rasa buang masa nak faham dia, so mind your own business, judge yourself.

Sebagai contoh, bila kau keluarkan statement ni:
"Dia cakap dia takda duit la, tak mampu la, tapi boleh je beli kasut branded?"

Kau manusia, dia pun manusia. Ada keinginan dan ada cerita belakang tabir sendiri.
Mungkin selama ni kita tak tahu dia guna duit sendiri tanggung keluarga sebab mak bapak dia bukan orang senang, tambahan pula adik beradik dia ramai dan dia anak sulong, terpaksa hulur duit belanja dia kat adik beradik jugak. Kita ni lainlah, mak bapak boleh tanggung lagi, mintak semua bende boleh dapat, cakap je takde duit, ayah terus bank in. 

Nak dijadikan cerita, bila, tengok member pakai barang branded, as a human dia pun ada perasaan nak dapat dan rasa semua tu. Even kita pun tengok orang beli benda yang kita tak mampu pun, kita cakap "ungtonglaaa", "bestnya dia!". 

"Takde duit buatlah cara takde duit"

Ya, betul. Tapi entah-entah, masa dia decide nak beli kasut tu, mungkin dia  dah fikir beratus-ratus kali kalau dia beli kasut tu, apa yang jadi, cukup ke duit nak makan lepas ni. Atau pun, lepas dia beli, dia decide untuk kurangkan kos belanja harian dia ke. Lagipun kita tak tahu, kot lah selama ni, dia tak pernah keluarkan duit untuk benda-benda yang lain, dimana kita yang mampu ni pernah beli atau try semua tu. Jadi, dia sebagai manusia yang punya kehendak dan keinginan seperti manusia lain, pun ambil keputusan untuk beli kasut tu. Pastu anggap sebagai hadiah untuk diri dia sendiri, atau untuk mengubati 1001 keinginan dia yang lain. 

Tiba-tiba, kau datang tanpa tahu apa di balik tapak kasut tu complain kenapa itu, kenapa ini. Senang cerita cuba positif. 

Kita sendiri pun pernah buat keputusan yang salah. Lain orang, lain keputusan. Kalau kau duduk kat tempat dia pun, kau mungkin buat keputusan yang sama. Kau tak pernah rasa apa yang dia rasa, memanglah boleh nak cakap itu ini dengan senangnya. SEBAB KAU TAKKAN RASA SAMA SEPERTI DIA RASA. Hidup orang lain-lain. Dalam situasi macam ni, kau boleh guna pendekatan husnuzon. 

Unless dia cari pasal dengan kau, buat jahat dengan kau. So, boleh nak marah dia, tapi bukan menjatuhkan dia.

Jangan lupa, manusia ni ada seribu satu rahsia dalam diri dia walau kau rasa dah 80% kau kenal dia siapa. Peratus yang terhasil tu hanyalah terlahir dari perspektif kau. 


Otak manusia ni lain-lain. Pandangan pun berbeza-beza, even kita pun boleh berbeza pendapat.
Contoh paling senang.
Kau cakap orang itu sombong, orang lain pula cakap dia peramah. Pernah kan?



Nota Tokok Tambah:
- malas fikir fyp, ended up update blog. *such a procastinator!

-aku pun "kau" dalam entry ni, dan sedang cuba mempositifkan diri.

- kes ni tercetus lepas kawan aku mempertikai member aku without knowing the whole story. gua dah bg pencerahan sket kat dia pasal member aku tu, but i cant story the whole thing kat kawan aku since member aku dah cakap, dia tak suka expose semua benda dengan orang tak rapat.

-damn! tapi aku macam nak cerita semua benda kat kawan aku pasal member aku sebab aku rasa sakit hati pulak bila dengar benda tak best orang cakap pasal member waktu susah dan senang gua. Tp, as bestfriend, gua masih pegang janji walau aku nak sangat orang faham kenapa member aku macam tu.

-dan aku harap Tuhan bukak pintu hati kawan aku tu untuk memahaminya.
-

Drama FYP

Sedang melalui hari-hari last sebagai siswi undergraduate kat UTeM dan bakal tempuh lasttt exam!(sem khas) I'm quiet person with so m...