Friday, August 12, 2016

Drama FYP

Sedang melalui hari-hari last sebagai siswi undergraduate kat UTeM dan bakal tempuh lasttt exam!(sem khas)


I'm quiet person with so much things to say, matters to care, and thoughts to kill.
But petrified in everything I see, feel, and face.
Messed up mind, sweet darkside.
Broken. - FS


***
Final Year Project. Memulakannya seperti mudah menyelesaikannya terasa berliku. Seperti biasa, mengikut tatatertib adab senior purba terdahulu, Fyp gua dimulakan dengan mencari insan yang sudi mengisi kekosongan minda yang penuh celaru bercelaru, kurang mengerti, dan kebuntuan ini, sebagai supervisor(sv) gua. Seperti dicadangkan oleh seorang rakan seperjuangan, gua memilih lecturer yang sama dengan beliau sebagai sv. Namun, seperti biasa, perancangan gua tidak pernah berjalan lancar seperti kanak-kanak lain. 

Mungkin perancangan tuhan lebih cantik dalam strategi hala tuju duniawi gua. Gua ditukarkan sv oleh fakulti disebabkan quota pelajar dilimitkan bagi setiap sv. Sv baru gua not bad, lawa, cun, comel,.....dan sedikit tegas. Tajuk fyp sv terdahulu gua juga ditukar dengan tajuk fyp yg dicadang sv baru. Agak kurang bertuah lagi pada hari tersebut, dianugerahkan tajuk fyp berkaitan dengan sesuatu yang di set otak sebagai subjek paling lemah gemalai. Pfftt! 

Mengambil masa selama 1 sem untuk research, kefahaman teori, dan software berkaitan projek sudah cukup membunuh otak gua yang gua suspek ada brain fog. Yup, gua memang slow bab belajar dan professional bab melagha. Lebih ribuan kali di tembak mati (bebel) oleh mak dan abah yang tension dengan hilangnya kesedaran dan perhatian gua apabila mereka sedang berbicara. Tidak mengapa, mereka belum faham bagaimana otak gua berfungsi. Dalam masa yang sama gua terasa bebal dengan diri sendiri, mengambil masa satu sem untuk faham SATU sub-chapter daripada salah SATU chapter yang hanya ada dalam SATU subjek tersebut. Damn!

Fyp untuk semester terakhir sememangnya salah satu neraka dunia kepada mental dan fizikal gua. Masalah komponen dalam hardware, connection dan sama penyakit dengannya. Kebetulan sv juga sedang sibuk dengan pelbagai program, gua terpaksa guna otak slow ini untuk explore dengan lebih lagi. Dalam masa yang sama, sv gua masih keeping up dengan progress gua dan sedikit sebanyak tunjuk ajar. Sampai satu tahap, gua punya depression ditahap pecahkan handphone (bagitau family rosak sebab jatuh). Ada satu dua rakan seperjuangan yang tenangkan gua dengan penerangan tentang dugaan hidup, ujian dari Maha Power. Gua cuba terima kenyataan sedikit demi sedikit, sedar ini hanyalah secebis perit dalam kehidupan. Masa yang kehadapan lagi ganas kelak. Damn lagi!




Masuk fasa kegilaan dimana gua rushing menyiapkan hardware serta testing sehari sebelum report submission. Ada juga terdetik di hati kecil gua nak drop terus subjek fyp gua dan extend sem walau gua dah tak tahan. Tapi gua tak nak susah kat masa depan juga. Jadi gua bedal teruskan dera otak gua dengan perkara duniawi ni. Fuhh..hari-hari gua berlalu dengan terlalu sikit masa yang dapat diluang ditempat peace of mind (katil). Tiba presentation, gua dihentam dengan padu kes result software dan hardware yang bezanya bak langit dan bumi. Kenangan yang tak dapat dilupakan, ayat panel kedua gua - "kena buat balik nih". Mungkin tuhan tahu gua tengah tak stabil dan super buntu, panel pertama gua ajak berbincang (gua sampai tahap "menahan sebak" depan panel) dan putuskan bagi peluang untuk try again dan ubah report kepada yang lebih baik dalam masa tiga hari. .Alhamdulillah..~

Lalu pulang, terus gua pulun, belasah, dan bunuh segalanya dengan buat balik software dan putar belit segala benda supaya lebih nampak tally dan masuk akal walau kerja tersebut menghentam sabar gua bertalu-talu. Selang beberapa hari selepas second submission, panel gua bagi feedback report projek gua telah improve dari sebelumnya. Saat-saat tersebut memang membawa 1001 kegembiraan gila gaban sebab tiada lagi kerisauan terpaksa extend sem. Fuh, selamat bhaii!! 

Sampai saat tu gua sedar dan faham erti perjuangan dan kemanisan tanpa putus asa. Gua rasa, ini baru sikit susah dalam menuntut ilmu yang gua dah hadap, maknanya gua kena prepare lagi mental, fizikal dan iman untuk perkara duniawi yang akan datang. Tapi...kalau fikir duniawi je taklah kemana hidup ni nanti. Mungkin gua patut belajar balancekan "hitam dan putih".

Inilah kenangan pahit manis masam dan masin nano nano gua selama melayari bahtera Projek Sarjana Muda. Bersemadilah kau disini, mf!




nota tokok tambah:
- so live your life...heyyyyyyyy~~~~

No comments:

Drama FYP

Sedang melalui hari-hari last sebagai siswi undergraduate kat UTeM dan bakal tempuh lasttt exam!(sem khas) I'm quiet person with so m...